Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Profesor NUS rakyat S'pura pertama terima 'anugerah Nobel' geografi

Profesor Brenda Yeoh dari Universiti Nasional Singapura (NUS) menjadi rakyat Singapura pertama menerima Anugerah Vautrin Lud yang berprestij, iaitu anugerah tertinggi dalam geografi, bagi pencapaian luar biasanya dalam bidang tersebut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Profesor NUS rakyat S'pura pertama terima 'anugerah Nobel' geografi

Professor Brenda Yeoh dari NUS menerima Anugerah Vautrin Lud, pengiktirafan tertinggi dalam bidang goegrafi di dunia, di satu majlis penyampaian di Perancis. (Gambar: Professor Brenda Yeoh/NUS)

Diterbitkan : 14 Oct 2021 09:04AM Dikemas Kini : 14 Oct 2021 09:05AM

SINGAPURA: Profesor Brenda Yeoh dari Universiti Nasional Singapura (NUS) menjadi rakyat Singapura pertama menerima Anugerah Vautrin Lud yang berprestij, iaitu anugerah tertinggi dalam geografi, bagi pencapaian luar biasanya dalam bidang tersebut.

Anugerah itu, dianggap sebagai "Anugerah Nobel" bagi geografi, dan diberikan setiap tahun sejak 30 tahun lalu.

Penerima anugerah dipilih oleh sebuah panel lima hakim antarabangsa di Festival Geografi Antarabangsa, yang diadakan di Saint-Die-des-Vosges, Perancis.

Profesor Yeoh, yang kerjanya tertumpu kepada penghijrahan rentas negara, menerima anugerah itu di edisi ke-32 festival tersebut. Ia berlangsung dari 1 hingga 3 Oktober tahun ini dan beliau menghadirinya secara fizikal.

Pemenang lain anugerah itu sebelum ini termasuk ahli geografi Britain dan Profesor Terhormat David Harvey, saintis masyarakat Britain dan ahli geografi Doreen Massey serta ahli geografi Britain Ron Johnston.

"Saya berasa amat terhormat dan rendah hati kerana hasil penyelidikan saya diiktiraf rakan seperjuangan yang saya hormati dan kagumi," kata Prof Yeoh, yang juga Profesor Raffles Sains Kemasyarakatan.

Dalam satu kenyataan pada Selasa (12 Okt), NUS menyatakan Profesor Yeoh menuntut dalam bidang geografi di Universiti Cambridge dan menerima ijazah kedoktoran dalam bidang tersebut di Universiti Oxford.

Beliau menyertai Jabatan Geografi NUS pada 1987 dan sudah mengajar serta membuat kajian di jabatan itu selama lebih tiga dekad.

Profesor Yeoh memiliki kepakaran dalam pelbagai kajian penghijrahan di Asia, khususnya dalam bidang-bidang seperti kosmopolitanisme dan penghijrahan bakat berkemahiran tinggi.

Profesor Yeoh juga baru-baru ini dipilih ke dalam Keahlian Akademi British terkenal - akademi nasional United Kingdom bagi kemanusiaan dan sains kemasyarakatan - kerana mencapai kecemerlangan dalam bidang itu.  

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan