Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Profesor madya NTU didakwa pandu secara agresif; sengaja tiba-tiba tekan brek

Seorang profesor madya dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang dipercayai menyebabkan pelanggaran kini berdepan dengan dakwaan-dakwaan berhubung satu insiden yang berlaku pada Mac 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Profesor madya NTU didakwa pandu secara agresif; sengaja tiba-tiba tekan brek

Gambar fail Mahkamah Negara.

Diterbitkan : 07 Jan 2019 07:19PM Dikemas Kini : 07 Jan 2019 07:23PM

SINGAPURA: Seorang profesor madya dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) yang dipercayai menyebabkan pelanggaran kini berdepan dengan dakwaan-dakwaan berhubung satu insiden yang berlaku pada Mac 2017.

Wang Jianliang, 57 tahun, didakwa dengan tiga pertuduhan pada November lalu termasuk perbuatan nakal, menggunakan kekerasan jenayah dan bertindak secara terburu-buru.

Wang dituduh menekan brek secara tiba-tiba sebanyak dua kali di hadapan seorang pemandu lain, Encik Samuel Lim Yong Soon.

Ketika itu mereka sedang memandu di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dekat Pioneer Road North sekitar 6.00 petang pada 16 Mac 2017, menurut kertas tuduhan.

Menurut dokumen mahkamah, tindakan Wang menyebabkan kereta Encik Lim merempuh bahagian belakang kereta Wang dan membahayakan keselamatan Encik Lim.

Profesor madya dari Sekolah Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik NTU itu kemudian keluar dari keretanya dan dikatakan dengan sengaja menghentak bahagian bonet kereta Encik Lim sebanyak empat kali, mengakibatkan kerosakan bernilai S$2,171.

Wang juga dituduh menyambar lengan kanan Encik Lim.

Wang dijangka mengaku bersalah pada Isnin (7 Jan) namun kesnya ditangguhkan bagi membolehkan pihak pendakwa untuk menyemak hukuman yang diusulkan.

Wang yang diwakili peguam Eugene Thuraisingam, dibebaskan dengan ikat jamin S$5,000 dan akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 22 Januari.

Menurut profil akademiknya di laman NTU, Wang sudah berkhidmat di NTU sejak 1990.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, jurucakap NTU berkata: "Memandangkan kes ini sedang dibicarakan, adalah tidak wajar untuk mengulas lebih lanjut".

Kes Wang adalah yang terkini melibatkan para pendidik dan guru baru-baru ini. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan