Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Profesor Leo Tan Wee Hin terima anugerah tertinggi pengakap dari Presiden Halimah

Presiden Halimah Yacob menyampaikan 40 anugerah Persatuan Pengakap Singapura (SSA) di Istana pada Rabu (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jul 2019 08:32PM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 10:04PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyampaikan 40 anugerah Persatuan Pengakap Singapura (SSA) di Istana pada Rabu (10 Jul).

Profesor Leo Tan Wee Hin menerima anugerah tertinggi Pingat Emas Anugerah Bakti Cemerlang Persatuan Pengakap.

Anugerah Yayasan Pengakap turut disampaikan di samping Anugerah Bakti Cemerlang.

Menurusi catatannya di Facebook, Presiden Halimah meluahkan perasaan bangganya terhadap para pengakap tersebut.

Beliau percaya pergerakan pengakap memupuk sifat daya tahan dan komitmen dalam diri para anggotanya.

Presiden Halimah turut berharap para pengakap di sini dapat menjadi contoh kepada ramai orang dan terus berbakti kepada masyarakat.

Di majlis itu, Presiden Halimah, yang juga merupakan Ketua Pengakap Singapura, turut menyampaikan anugerah kepada dua pemimpin pengakap utama dari Indonesia dan Malaysia.

Sumber : CNA/SY/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan