Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Probesen bagi NSF yang secara sulit rakam seks dengan teman wanita, muat naik ke Twitter

Seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang melakukan pelbagai kesalahan mengintip termasuk merakam secara rahsia dirinya melakukan hubungan seks dengan teman wanita, hari ini (8 Nov) dijatuhi hukuman probesen.

Anggaran Waktu Membaca:
Probesen bagi NSF yang secara sulit rakam seks dengan teman wanita, muat naik ke Twitter

Gambar hiasan kamera telefon (Gambar: Aixklusiv/Pixabay)

Diterbitkan : 08 Nov 2021 01:47PM Dikemas Kini : 08 Nov 2021 01:50PM

SINGAPURA: Seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang melakukan pelbagai kesalahan mengintip termasuk merakam secara rahsia dirinya melakukan hubungan seks dengan teman wanita, hari ini (8 Nov) dijatuhi hukuman probesen.

Lelaki berusia 20 tahun itu, yang tidak boleh didedahkan namanya atas arahan mahkamah untuk melindungi identiti mangsa, diberi tempoh probesen selama 21 bulan dan diperintahkan untuk menjalani perkhidmatan masyarakat selama 60 jam.

Dia perlu menjalani program rawatan khusus bagi kesalahannya dan tidak boleh menggunakan peranti elektronik dengan fungsi kamera melainkan pegawai probesen atau ahli psikologi menilai bahawa dia boleh menggunakannya.

Dia kemudian mengaku bersalah atas lima dakwaan termasuk menghantar objek lucah melalui cara elektronik, menghina kehormatan seorang wanita dan merakam perbuatan peribadi tanpa kebenaran. Lagi lapan dakwaan dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa pesalah itu mempunyai hubungan dengan mangsa pertama. Antara Februari 2018 dengan Februari 2019, dia merakam 18 video melakukan hubungan seks dengan mangsa dan perbuatan seks lain.

Ini dilakukan tanpa pengetahuan mangsa.

Pesalah pernah memberikan kepada teman wanitanya nama pengguna dan kata laluan ke akaun Twitter dan Google Drive miliknya. Apabila mangsa masuk ke akaun Twitter pesalah pada 29 Mac tahun ini, dia menyedari bahawa lelaki itu memuat naik empat video mereka sedang melakukan hubungan seks dan satu video menunjukkan wanita itu melakukan seks oral pada lelaki itu sambil matanya ditutup.

Meskipun akaun Twitter pesalah adalah privet, setiap klip rakaman - antara 12 saat dengan 1 minit 9 saat - ditonton antara 15 hingga 22 kali.

Mangsa kemudian masuk ke akaun Google Drive pesalah dan menemui 18 video dan lima gambar yang dirakam menunjukkan beliau melakukan hubungan seks atau terlibat dalam aksi seks lain dengan pesalah. Mangsa bagaimanapun tidak memberikan persetujuan bagi rakaman video-video atau gambar tersebut.

Mangsa menemui video berasingan rakaman bawah skirt seorang wanita yang tidak dikenali dalam Google Drive pesalah. Pesalah kemudian mengaku merakam video itu dalam lif pada 2 Januari 2020.

Pesalah juga mengambil kesempatan ke atas seorang mangsa kedua, yang mana hubungan mereka tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.

Dia memujuk mangsa kedua itu untuk membuat panggilan video dengannya pada awal pagi 10 September 2020, semasa mangsa sedang mandi. Mereka berbincang untuk memulakan perniagaan semasa panggilan video dan pesalah merakamnya selama lebih 14 minit tanpa kebenaran, sebelum memuat naik video ke Google Drive.

Dia bermalam dengan mangsa itu pada 19 September 2020, bersama dua lagi rakannya. Ketika rakan-rakan mereka keluar dari bilik hotel untuk membeli makanan, pesalah melakukan hubungan seks dengan mangsa dan menutup muka mangsa dengan selimut.

Dia kemudian merakam empat video hubungan seks itu tanpa kebenaran mangsa.

Pihak pendakwa raya tidak membantah tempoh probesen seperti yang disyorkan, tetapi meminta syarat tambahan seperti bapa, saudara lelaki dan ibu titipan pesalah supaya dirujuk ke pusat perkhidmatan keluarga.

Beliau berkata bapa, saudara lelaki dan ibu titipan pesalah "memperlekehkan betapa seriusnya kesalahan yang dilakukannya yang sekali gus menafikan tanggungjawabnya".

Beliau juga menyuarakan "kebimbangan kecil" bahawa pesalah itu tidak berhenti menonton pornografi atau tabiat onani, walaupun dia mendakwa sudah mengurangkannya.

Anggota keluarga pesalah membayar bon sebanyak S$5,000 untuk memastikan kelakuan baiknya semasa tempoh probesen.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan