Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pritam Singh, peguam PRPTC bertikam lidah isu pengecualian tender ejen pengurusan

Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh  membantah pandangan bahawa dengan tidak mengeluarkan tender bagi kontrak ejen pengurusan pertama pada tahun 2011 memberi gambaran kepada pasaran lebih luas bahawa Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) hanya memanfaatkan para penyokongnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pritam Singh, peguam PRPTC bertikam lidah isu pengecualian tender ejen pengurusan

Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP), Pritam Singh.

Diterbitkan : 25 Oct 2018 10:13PM Dikemas Kini : 25 Oct 2018 10:16PM

SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh pada Khamis (25 Okt) membantah pandangan bahawa dengan tidak mengeluarkan tender bagi kontrak ejen pengurusan pertama pada tahun 2011 memberi gambaran kepada pasaran lebih luas bahawa Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC) hanya memanfaatkan para penyokongnya.

Encik Pritam Singh disoal balas Peguam Kanan Davinder Singh, iaitu ketua peguam bagi Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol, buat pertama kali dalam perbicaraan AHTC, mengenai perkara itu.

Encik Davinder Singh bertanya Anggota Parlimen (AP) WP itu jika beliau sedar bahawa industri lebih luas mungkin tahu bahawa tiada tender dibuka sebelum FM Solutions and Services (FMSS) dilantik sebagai ejen pengurusan pada 2011. Encik Pritam Singh menjawab beliau sedar mengenai perkara itu.

Encik Davinder Singh juga bertanya AP itu jika orang lain tahu bahawa Cik How Weng Fan, yang dilantik sebagai Pengurus Besar AHTC pada masa itu, ialah pemegang saham FMSS.

Peguam itu kemudian berkata mengecualikan proses tender itu pada masa tersebut memberi isyarat kepada pihak lain dalam industri itu bahawa mereka tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan kontrak ejen pengurusan daripada majlis bandaran berkenaan.

Beliau menyokong keterangannya itu dengan merujuk kepada afidavit Encik Pritam Singh, yang menyatakan "banyak kontraktor layak yang tidak mengemukakan bidaan tender bagi kontrak-kontrak AHTC" disebabkan ia dikuasai pihak pembangkang.

Peguam PRPTC itu kemudian bertanya Encik Pritam Singh sama ada beliau bersetuju bahawa sekiranya para anggota majlis bandaran percaya bahawa mereka mempunyai "sebab yang baik" untuk mengecualikan tender itu, mereka "tindakan yang bertanggungjawab" adalah mendapatkan khidmat ejen pengurusan baru pada kadar harga yang sedia ada bagi tempoh dua tahun akan datang, dan bukan membenarkan harga dirundingkan setahun kemudian.

Mengenai perkara ini, Encik Pritam Singh tidak bersetuju dan sebaliknya berkata beliau difahamkan bahawa kontrak itu adalah berdasarkan kadar harga yang dipersetujui dengan ejen pengurusan sebelumnya iaitu CPG Facilities Management. "Ia tidak dilakukan secara senyap-senyap untuk memanfaatkan FMSS," kata beliau.

Encik Pritam Singh dan para AP WP Low Thia Khiang dan Sylvia Lim, serta kakitangan majlis bandaran Kenneth Foo dan Chua Zhi Hon, disaman oleh AHTC dan PRPTC kerana dipercayai melanggar tugas fidusiari mereka berhubung pelantikan FMSS.

Tuduhan itu berserta "tadbir urus majlis bandaran yang kurang sempurna" serta pembayaran "tidak wajar" melebihi S$33 juta, yang sebahagian besarnya dibuat kepada FMSS, adalah asas dua kes tuntutan mahkamah yang turut membabitkan para kakitangan FMSS, Cik How dan Danny Loh, yang memegang jawatan dalam AHTC.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan