Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Prestasi pegawai awam dinilai secara berbeza mulai tahun depan

Prestasi para pegawai awam di Singapura akan dinilai secara berbeza bermula tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Oct 2020 06:44PM Dikemas Kini : 16 Oct 2020 09:19PM

SINGAPURA: Prestasi para pegawai awam di Singapura akan dinilai secara berbeza bermula tahun depan.

Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing berkata ia sebahagian daripada cara perkhidmatan awam berubah untuk memenuhi cabaran dan ketidaktentuan seperti yang dicetuskan COVID-19.

Memberikan ucapannya secara maya kepada lebih 9,200 pegawai awam, Encik Chan berkata para pegawai perlu mempunyai perancangan kerjaya lima tahun yang perlu dikemaskini selalu.

Pegawai kanan juga perlu memegang peranan berbeza di agensi-agensi lain dan di luar sektor awam untuk meluaskan perspektif mereka.

Semua itu adalah sebahagian daripada perubahan sistem CEP.

"Ia tidak boleh seperti ada yang secara berseloroh mengatakannya sebagai sistem "Noktah Berakhirnya Kerjaya", seakan kehidupan anda sudah ditentukan dan tidak boleh berubah. Sebaliknya, kita perlu mempunyai sistem di mana meritokrasi secara berterusan diamalkan. Di setiap langkah kerjaya kita, potensi perlu ditonjolkan untuk melakar langkah seterusnya," kata Encik Chan.

Di acara yang sama, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata para pegawai awam yang "bermutu tinggi dan berdedikasi" membantu Singapura keluar dari krisis COVID-19.

Menurut PM Lee, walaupun respons pemerintah terhadap COVID-19 boleh diperbaiki, negara tidak akan pulih tanpa para penjawat awam tersebut.

"Di mana ada kekurangan, kita belajar dari pengalaman dan lakukan lebih baik. Namun secara keseluruhan, khidmat awam menunujukkan prestasi baik.

"Kita melawan virus, melindungi rakyat dan menjaga pekerja serta keluarga. Para pegawai awam mencurahkan segalanya dan memberikan segalanya yang mereka ada.

"Tanpa para pegawai yang bermutu tinggi dan berdedikasi kita tidak mungkin akan berjaya," kata PM Lee. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan