Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Indonesia Joko Widodo lawat Singapura bagi Retreat Pemimpin

Presiden Indonesia Joko Widodo akan berada di Singapura hari ini (Okt 8) bagi lawatan dua hari sebagai sebahagian daripada Retreat Para Pemimpin Singapura-Indonesia, menurut kenyataan media oleh Pejabat Perdana Menteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Indonesia Joko Widodo lawat Singapura bagi Retreat Pemimpin

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 08:32AM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 08:33AM

SINGAPURA: Presiden Indonesia Joko Widodo akan berada di Singapura hari ini (Okt 8) bagi lawatan dua hari sebagai sebahagian daripada Retreat Para Pemimpin Singapura-Indonesia, menurut kenyataan media oleh Pejabat Perdana Menteri.

Ini merupakan retreat pemimpin yang keempat Perdana Menteri Lee Hsien Loong dengan Encik Widodo dan yang pertama sejak Presiden Indonesia itu dipilih semula pada Mei. Upacara pelantikannya akan berlangsung pada lewat bulan ini.

Semasa pertemuan mereka di Singapura, Encik Lee dan Encik Widodo akan menilai perkembangan dalam kerjasama dua hala dan mengadakan perbincangan susulan berikutan Retreat Pemimpin pada Oktober lalu di Bali.

"Dalam memandang ke hadapan pada penggal kedua jawatan Presiden Joko Widodo, kedua-dua pihak akan meneroka cara-cara untuk terus mempertingkatkan kerjasama dua hala dari segi kepentingan bersama menjangkau bidang ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan," tambah kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin turut akan menyaksikan pemeteraian perjanjian antara Indonesia dengan Singapura berhubung Pertukaran Data Elektronik untuk Memudahkan dan Menjamin Perdagangan serta Memorandum Persefahaman antara arkib kebangsaan kedua-dua negara berhubung kerjasama arkib.

Encik Lee dan isterinya akan mengadakan jamuan malam untuk Encik Widodo, Wanita Pertama Iriana Joko Widodo dan para delegasi daripada Indonesia termasuk para pegawai dan menteri.

Delegasi daripada Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Heng Swee Keat, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Keselamatan Negara Teo Chee Hean serta menteri-menteri kabinet yang lain.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan