Images
  • Halimah
    (Gambar: Halimah Yacob/Facebook)

Presiden Halimah Yacob yakin hubungan S'pura-Filipina terus kukuh

DAVAO: Presiden Halimah Yacob yakin hubungan Singapura dengan Filipina akan terus kukuh.

Menggulung lawatan negara selama lima hari ke Filipina, beliau menambah bahawa sebagai anggota-anggota perintis ASEAN, hubungan rapat yang menghasilkan kerjasama dalam sektor awam dan privet dalam pelbagai bidang, pada akhirnya akan menaikkan lagi mutu kehidupan di rantau ini.

Pulau Mindanao di selatan Filipina, merupakan antara daerah yang dikunjungi Presiden Halimah Yacob. Kawasan itu adalah di antara wilayah termiskin di negara tersebut.

Ia merupakan tempat tinggal bagi beberapa suku kaum serta mengandungi jumlah penduduk Islam paling ramai di Filipina.

Bercakap kepada media, Presiden Halimah berharap sikap inklusif dapat dijadikan keutamaan global.

Dalam konteks yang lebih luas mengenai kolaborasi antara Singapura dan Filipina, Presiden Halimah berkata ada banyak lagi peluang dalam bidang modal insan, inovasi dan prasarana.

Turut menjadi agenda utama beliau adalah peluang bagi syarikat-syarikat Singapura kecil dan sederhana untuk meneroka dan menebarkan sayap ke Filipina.

"Kita sama-sama mempunyai konteks yang sama iaitu kita adalah anggota ASEAN yang penting dan kita mempunyai sama-sama objektif untuk mengekalkan kemantapan dan keselamatan masa depan ASEAN.

Melalui banyak perhubungan ekonomi di antaranya perhubungan antara rakyat masing-masing, satu daripadanya kita rasakannya mempunyai system perdagangan yang terbuka amatlah penting, amat kuat menyokong Perkongsian Menyeluruh Ekonomi Serantau (RCEP)," kata Presiden Halimah.

- CNA/SY/na

Top