Images
  • hal

Presiden Halimah Yacob temui pemimpin kesatuan sekerja; dapatkan maklum balas

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menemui para pemimpin kesatuan sekerja untuk mendapatkan maklum balas bagi memastikan Singapura terus berupaya mengharungi pertumbuhan ekonomi yang lembap disebabkan keadaan global yang tidak menentu.

Puan Halimah pernah bekerja dengan pihak-pihak kesatuan sekerja sebelum menjadi Anggota Parlimen.

Semasa sesi dialog bersama para pemimpin kesatuan sekerja daripada sektor perkhidmatan itu, beliau berkata bahawa pendekatan Singapura terhadap gerakan pekerjaan adalah progresif dan bersifat jangka panjang.

Dialognya dengan para pemimpin kesatuan itu juga bagi memastikan pergerakan buruh kekal progresif dan bersifat terbuka dalam mencari huraian terhadap masalah.

Menurut Puan Halimah lagi, kejasama berterusan bukan sahaja memanfaatkan negara tetapi juga para pekerja serta pertubuhan-pertubuhan.  

- CNA/MU/na

Top