Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob puji usaha pelbagai kumpulan masyarakat didik isu berkaitan pengganasan

Presiden Halimah Yacob berkata beliau berbesar hati dengan kerjasama pelbagai kumpulan masyarakat dalam membangun dan melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk mendidik rakyat tentang isu-isu berkaitan pengganasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Sep 2018 07:29PM Dikemas Kini : 08 Sep 2018 09:29PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata beliau berbesar hati dengan kerjasama pelbagai kumpulan masyarakat dalam membangun dan melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk mendidik rakyat tentang isu-isu berkaitan pengganasan.

Beliau berucap di jamuan tengah hari Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) bagi para relawan masyarakat.

Puan Halimah menambah terdapat pelbagai persidangan peringkat serantau dan antarabangsa yang dianjurkan bagi agensi-agensi keselamatan untuk berhimpun dan mengongsikan amalan terbaik dalam menangani ancaman pengganasan.

Beliau turut memuji usaha Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Jagaan Lanjut antara Agensi dalam merintis program dan forum untuk mendidik golongan belia tentang fahaman pelampau.

"Mari kita sama-sama melalui perjalanan ini bersama demi mengutuhkan dan membuat tempat tinggal kita selamat. Saya juga menggalak anda untuk memupuk dan menyebarkan semangat relawan kepada golongan belia kita. Mereka bukan hanya masa depan kita tetapi mereka juga mempunyai peranan dalam memastikan keselamatan Singapura," kata Presiden Halimah Yacob. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan