Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob lancarkan siri cenderamata khas sempena ulang tahun ke-150 Istana

Presiden Halimah Yacob melancarkan siri cenderamata khas bagi meraikan ulang tahun ke-150 Istana semasa acara Rumah Terbukanya sempena Tahun Baru Cina pada Rabu (6 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Feb 2019 09:45PM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 09:49PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melancarkan siri cenderamata khas bagi meraikan ulang tahun ke-150 Istana semasa acara Rumah Terbukanya sempena Tahun Baru Cina pada Rabu (6 Feb).

Halaman beranda yang luas, pintu berpanel dan gerbang-gerbang menghiasi bahagian luar Istana.

Ciri-ciri ini mungkin serupa dengan reka bentuk bangunan neo-Palladian pada abad ke-18 yang direka oleh para jurutera tentera British.

Namun, ia sebenarnya dibina supaya keadaan di dalamnya berangin seperti yang lazim dilihat di rumah-rumah Melayu yang lama.

Pertembungan budaya yang terukir dalam sejarah Singapura, kini diukir pada satu siri medalion perak dan kad FlashPay.

"Medalion-medalion ini adalah tentang seni bina bangunan yang kita ada di sini, dan juga mengambil sedikit gambaran tentang kegiatan yang sering berlaku bertahun-tahun di Istana.

Misalnya, pertukaran pengawal, hari Rumah Terbuka Istana. Kegiatan seperti ini telah berlaku selama 60 tahun. Jadi saya berharap ini dapat memberikan sedikit memori kepada warga Singapura yang datang ke Istana dan dapat membawa balik sedikit, dapatlah mereka mengingati legasi tentang Istana," kata Presiden Halimah Yacob.

Dinamakan Siri Cenderamata Istana, ia merupakan kerjasama antara pihak Istana dengan Singapore Mint serta merupakan sebahagian daripada perayaan sepanjang tahun bagi memperingati ulang tahun ke-150 Istana.

Di samping pelancaran cenderamata khas ini, para pengunjung ke Rumah Terbuka Istana dapat mencuba seni khat Cina.

Terdapat juga persembahan kebudayaan seperti tarian singa sebagai sebahagian daripada sambutan Tahun Baru Cina.

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan