Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob lakukan lawatan 4 hari ke Tokyo

Presiden Halimah Yacob akan melakukan lawatan empat hari ke Tokyo mulai esok (21 Okt) atas undangan kerajaan Jepun.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Yacob lakukan lawatan 4 hari ke Tokyo
Diterbitkan : 20 Oct 2019 08:40PM Dikemas Kini : 20 Oct 2019 08:43PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob akan melakukan lawatan empat hari ke Tokyo mulai esok (21 Okt) atas undangan kerajaan Jepun.

Beliau akan menghadiri upacara pertabalan Maharaja Naruhito.

Semasa lawatannya, Presiden Halimah Yacob dan suami, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, akan diraikan dalam satu jamuan diraja oleh Maharaja Naruhito dan Permaisuri Masako, serta satu lagi jamuan oleh Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan isteri.

Presiden Halimah juga akan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Abe.

Beliau akan turut bertemu ahli-ahli Liga Persahabatan Parlimen Jepun-Singapura - sebuah pertubuhan yang memupuk hubungan baik antara kedua-dua negara.

Di kesempatan yang sama, Puan Halimah akan menghadiri satu majlis jamuan dengan masyarakat Singapura di Jepun.

Sumber : CNA/SY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan