Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob dibawa masuk ke dalam Kaabah, kunjungi makam Nabi Muhammad

Presiden Halimah Yacob diberi satu penghormatan yang boleh dianggap sebagai yang tertinggi baginya, apabila beliau dan suaminya dibawa masuk ke dalam Kaabah di Makkah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2019 04:28PM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 11:09PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob diberi satu penghormatan yang boleh dianggap sebagai yang tertinggi baginya, apabila beliau dan suaminya dibawa masuk ke dalam Kaabah di Makkah.

Bukan itu sahaja, Presiden Halimah dan suaminya juga dibawa masuk ke ruangan dalam di Raudhah dalam Masjid Nabawi, dan dapat melawat dan melihat sendiri dengan lebih dekat makam Nabi Muhammad.

(Gambar: MCI/Fyrol)

(Gambar: MCI/Fyrol)

Ini berlaku semasa rangka lawatan Ketua Negara Singapura itu ke Arab Saudi.

Peluang melakukan kunjungan ke dalam Baitul Kaabah dan melawat makam Rasulullah adalah satu keistimewaan yang lazimnya hanya diberikan kepada para pemimpin atau orang-orang tertentu oleh pihak berkuasa Saudi.

"Saya khususnya sangat berterima kasih kepada Arab Saudi kerana memberi saya dan delegasi saya akses istimewa ke Raudhah di Masjid Nabawi dan Kaabah di Makkah - tapak-tapak suci bagi orang-orang Islam," dedah Puan Halimah tentang lawatan istimewa itu menerusi satu catatan Facebook pagi tadi (9 Nov).

(Gambar: MCI/Fyrol)

Mengulas keistimewaan yang diberikan kepada Ketua Negara Singapura itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, malah berkata ini juga merupakan satu penghormatan kepada Singapura.

"Alhamdulillah. Satu penghormatan besar kepada Singapura dan Presiden kita dipelawa untuk memasuki Kaabah dan ruangan dalam makam Rasulullah (s.a.w.).

"Di Timur Tengah, beliau (Presiden Halimah) menjadi model seorang Muslim dan bangga beliau mewakili masyarakat kita," ulas Encik Masagos kepada BERITAmediacorp. Beliau dan isterinya turut menemani Presiden Halimah dalam Lawatan Negara ke Arab Saudi itu.

Puan Halimah mengunjungi Arab Saudi selama empat hari dari 5 hingga 8 November, selepas melawat ke Kuwait selama dua hari (3-4 Nov). Beliau dan rombongannya selamat pulang ke Singapura hari ini (9 Nov).

(Gambar: Facebook/@halimahyacob)

Semasa lawatannya ke Arab Saudi itu, Presiden Halimah antara lain menyampaikan hasrat masyarakat Islam Singapura agar kuota haji rasmi negara ini dinaikkan lagi, mulai tahun depan. Kuota rasmi haji bagi Singapura sekarang ini ialah 900 orang.

Menurut Puan Halimah, Raja Salman mengatakan bahawa permintaan Singapura itu akan dipertimbangankan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/DIWAI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan