Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah ucap tahniah kepada NUS; menang Kejohanan Golf UM-NUS

Hubungan erat dan muhibah antara Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan Universiti Malaya (UM) diperkukuhkan lagi melalui Kejohanan Golf Tunku-Canselor Antara Universiti UM-NUS 2019 minggu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah ucap tahniah kepada NUS; menang Kejohanan Golf UM-NUS

Presiden Halimah Yacob bersama Sultan Nazrin Muizzudin Shah dan para peserta Kejohanan Golf Tunku-Canselor Antara Universiti UM-NUS 2019. (Gambar-Gambar: Clement/MCI).

BERITAmediacorp: Hubungan erat dan muhibah antara Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan Universiti Malaya (UM) diperkukuhkan lagi melalui Kejohanan Golf Tunku-Canselor Antara Universiti UM-NUS 2019 minggu ini.

Menulis di laman Facebooknya, Presiden Halimah Yacob mengucapkan tahniah kepada pasukan NUS kerana berjaya menjuarai kejohanan golf tahun ini yang berlangsung selama dua hari.

Presiden Halimah, yang juga Canselor NUS, turut menghoskan majlis jamuan malam bagi Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, yang juga Canselor UM, serta para peserta kejohanan golf dari kedua-dua universiti di Istana pada Selasa (23 Apr).

Dalam catatannya, Presiden Halimah melahirkan rasa gembira melihat para peserta dari UM dan NUS berpeluang berinteraksi antara satu sama lain semasa majis jamuan malam tersebut.

(Gambar Presiden Halimah bersama Sultan Nazrin dan Encik Hsieh Fu Hua).

Turut menghadiri majlis jamuan malam itu adalah Presiden NUS Profesor Tan Eng Chye dan Naib Canselor UM Abdul Rahim Hashim, yang masing-masing menyampaikan ucapan.

Dianjurkan buat pertama kali pada 1968, kejohanan tahunan itu menghimpunkan para anggota fakulti dan alumni dari kedua-dua universiti. Selain memupuk dan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak, ia juga menyediakan peluang untuk para peserta saling mengongsi idea, pengalaman dan membincangkan mengenai kerjasama penyelidikan.

Tahun lalu, UM dan NUS meraikan ulang tahun Kejohanan Golf Tunku-Canselor Antara Universiti UM-NUS yang ke-50, mengukuhkan lagi persahabatan yang sekian lama dijalin oleh kedua-dua universiti. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan