Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah terima kunjungan hormat Sultan Brunei

Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dari Brunei, melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden Halimah Yacob hari ini (9 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah terima kunjungan hormat Sultan Brunei

(Gambar: Pejabat Presiden Singapura)

Diterbitkan : 09 Aug 2019 04:12PM Dikemas Kini : 09 Aug 2019 04:30PM

SINGAPURA: Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dari Brunei, melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden Halimah Yacob hari ini (9 Ogos).

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Sultan Hassanal Bolkiah berada di Singapura atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan Bicentennial Singapura.

Menurut MFA lagi, semasa pertemuan mereka, Presiden Halimah dan Sultan Hassanal Bolkiah mengesahkan lagi hubungan erat dan persahabatan istimewa antara Singapura dan Brunei Darussalam berdasarkan hubungan sejarah yang erat dan pertukaran tahap tinggi yang kerap.

Kedua-dua pemimpin mengalu-alukan kerjasama menyeluruh yang merangkumi pelbagai sektor termasuk pertahanan dan kewangan. Mereka turut bersetuju untuk terus meningkatkan rentak pertukaran dan meneroka bidang-bidang baru kerjasama dua hala.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan