Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah setuju rancangan pemerintah ambil pinjaman tampung projek prasarana utama

Presiden Halimah Yacob telah memberikan persetujuannya terhadap rang undang-undang yang membenarkan pemerintah mendapatkan pinjaman bagi projek-projek prasarana utama bagi tempoh jangka panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jun 2021 07:02PM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 12:02AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob telah memberikan persetujuannya terhadap rang undang-undang yang membenarkan pemerintah mendapatkan pinjaman bagi projek-projek prasarana utama bagi tempoh jangka panjang.

Dalam catatan di Facebook hari ini (7 Jun), Puan Halimah berkata, Akta Pinjaman Pemerintah bagi Prasarana Penting (SINGA) membolehkan pemerintah untuk menjarakkan kos prasarana secara lebih adil untuk meliputi berbilang generasi yang bakal meraih manfaat daripadanya.

Menurut Presiden Halimah, beliau memberikan persetujuannya kerana diberi jaminan langkah-langkah perlindungan diambil supaya generasi-generasi akan datang tidak akan dibebani hutang terlalu berat.

Pinjaman di bawah Akta SINGA tidak boleh melepasi S$90 bilion dan meliputi hanya projek-projek bernilai sekurang-kurangnya S$4 bilion.

Manfaat projek berkenaan perlu bertahan sekurang-kurangnya 50 tahun.

Sumber : CNA/ZM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan