Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah seru lebih banyak sokongan masyarakat bantu keluarga bergaji rendah celik digital

Presiden Halimah Yacob menyeru lebih banyak sokongan untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif dari segi digital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2021 06:00PM Dikemas Kini : 10 Sep 2021 09:03PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyeru lebih banyak sokongan untuk mewujudkan masyarakat yang inklusif dari segi digital.

Beliau berkata pihak pertubuhan dan tenaga sukarelawan diperlukan untuk membantu keluarga-keluarga berpendapatan rendah mendapatkan sumber dan mempelajari kemahiran digital.

Presiden Halimah berkata demikian semasa lawatannya ke Sekolah Rendah Choa Chua Kang di mana beliau meninjau bengkel celik digital yang disertai murid-murid.

Murid-murid di sekolah itu diajar tentang keselamatan internet, termasuk ancaman siber.

Ia sebahagian daripada insiatif Project D.I.P.

Para sukarelawan bekerjasama dengan sekolah-sekolah untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bimbingan kemahiran digital.

Sejak dimulakan pada Januari lalu, inisiatif sedemikian telah memanfaatkan lebih 350 pelajar.

"Saya rasa usaha dan sumbangan sukarelawan sangatlah penting. Tanpa adanya mereka, agak sukar untuk kita memenuhi matlamat kita, untuk membina sebuah masyarakat yang inklusif dari segi digital.

"Saya berharap bahawa lebih ramai anggota masyarakat kita akan menampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan mereka," luah Presiden Halimah.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan