Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah serikan majlis iftar Darul Ma'wa; 50 penerima bantuan Jamiyah diberi hamper, duit raya

Majlis iftar di Darul Ma'wa lebih istimewa lagi malam ini (25 Mei) dengan kehadiran tetamu istimewa.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 May 2018 10:12PM Dikemas Kini : 25 May 2018 10:25PM

SINGAPURA: Majlis iftar di Darul Ma'wa lebih istimewa lagi malam ini (25 Mei) dengan kehadiran tetamu istimewa.

Seramai 25 penghuni Rumah Tumpangan Kanak-kanak Jamiyah itu duduk bersama Presiden Halimah Yacob untuk menjamu selera dan berbual mesra.

Usaha murni tersebut merupakan kerjasama antara Jamiyah dengan Kedutaan Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang diwakili Dr Mohamed Omar Abdulla Balfaqeeh.

Para tamu diiringi dengan dendangan nasyid oleh kanak-kanak Darul Ma'wa sendiri.

Sempena majlis itu, kesyukuran jelas terpancar di wajah 50 penerima bantuan Jamiyah yang dihadiahkan hamper berisi makanan serta duit raya sebanyak $100.  

Sumber : CNA/UR/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan