Images
  • pres halimah cny 2020

Presiden Halimah sampaikan mesej Tahun Baru Cina

SINGAPURA: Dalam mesej sempena Tahun Baru Cina, Presiden Halimah Yacob hari ini (23 Jan) berkata bahawa tradisi menyatukan orang ramai dan membantu dalam menyebarkan nilai-nilai serta mewujudkan kestabilan.

Beliau menambah bahawa orang ramai tidak harus melupakan tradisi dan perayaan Tahun Baru Cina merupakan peluang bagi masyarakat Cina tempatan untuk mengeratkan hubungan serta menghidupkan tradisi-tradisi mereka.

"Di Singapura yang berbilang kaum, saya gembira Tahun Baru Cina turut melibatkan kaum-kaum lain dan saya mempunyai kenangan indah mengunjungi rakan-rakan sempena Tahun Baru Cina dan menikmati budaya mereka," kongsi Presiden Halimah di laman Facebooknya.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan bahawa Istana akan mengadakan rumah terbuka pada Ahad ini dan mengajak orang ramai turut hadir.

"Kami akan mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Istana pada Ahad, 26 Januari dan saya berharap anda dapat hadir pada hari itu. Saya mengucapkan kepada semua rakyat Singapura, Selamat Tahun Baru."

- CNA/RU/tq

Top