Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah sampaikan hasrat masyarakat Islam S'pura dapat tambahan kuota haji

Presiden Halimah Yacob sudah menyampaikan hasrat masyarakat Islam Singapura agar kuota haji rasmi negara ini dinaikkan lagi, mulai tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Presiden Halimah Yacob sudah menyampaikan hasrat masyarakat Islam Singapura agar kuota haji rasmi negara ini dinaikkan lagi, mulai tahun depan.

Raja Salman Abdulaziz Al Saud, menurut Presiden Halimah, mengatakan bahawa permintaan Singapura itu adalah dalam pertimbangannya.

Beliau berkata demikian dalam sesi bersama media di Jeddah bagi menggulung lawatan negara Presiden ke Timur Tengah.

Dalam lawatan sulung Presiden Halimah ke Arab Saudi sejak Selasa (5 Nov), beliau melahirkan rasa gembira rombongannya menerima sambutan luar biasa dan penuh istiadat oleh kerajaan Saudi.

Presiden Halimah yakin kerjasama dua hala akan terus dipertingkat dalam banyak bidang termasuk dalam urusan haji setiap tahun.

"Dalam pertemuan saya dengan Raja Salman, saya meminta peningkatan kuota.

"Raja Salman mengatakan ini adalah sesuatu yang akan dipertimbang," katanya.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyrakat Islam Masagos Zulkifli, yang juga menyertai lawatan presiden kali ini, turut melahirkan harapan tentang sambutan positif kerajaan Saudi terhadap permintaan Presiden Halimah bagi tambahan kuota haji Singapura itu.

"Alhamdulilah, Presiden Halimah telah menyampaikan hasrat untuk peningkatan kuota haji.

"Raja Salman begitu memahami akan keadaan Singapura dan akan memberikan perhatian sepenuhnya. Insya Allah kita tunggu berita yang baik pada masa akan datang," kata beliau.

Encik Masagos menambah beliau akan melakukan tindakan susulan mengenai permintaan tambahan kuota haji itu apabila beliau bertemu dengan Menteri Haji Saudi pada Januari ini.

Kuota haji rasmi Singapura dinaikkan dari 680 kepada 900 pada dua tahun lalu, selepas hampir selesainya projek perluasan Masjidil Haram di Makkah.

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan