Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah rasmikan bangunan pusat inklusif jagaan kanak-kanak Canossaville

Presiden Halimah Yaacob merasmikan pembukaan bangunan Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Masyarakat Canossaville pada Jumaat (15 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Nov 2019 12:09AM Dikemas Kini : 16 Nov 2019 12:15AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yaacob merasmikan pembukaan bangunan Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Masyarakat Canossaville pada Jumaat (15 Nov).

Juga dikenali sebagai The Canossian Village, ia adalah tempat yang pertama seumpamanya di Singapura yang menempatkan prasekolah, sekolah rendah, sekolah khas, pusat penjagaan lepas sekolah dan unit pembangunan kanak-kanak dalam satu bangunan.

Upacara pembukaan rasmi bangunan itu dimulakan dengan nyanyian koir serta persembahan muzik dan tarian ballet oleh kanak-kanak Canossian sendiri.

Pembukaannya dirasmikan Presiden Halimah selepas itu dengan sekeping pelekat berbentuk hati. Beliau juga dapat melihat sendiri hasil karya seni Kanak-kanak prasekolah Canossian.

Upacara itu juga memperingati 125 tahun kehadiran Canossian di Singapura.

Dalam catatan di Facebook selepas acara perasmian itu, Presiden Halimah melahirkan harapan agar Canossaville akan meneruskan usaha-usaha murninya.

"Saya berharap Canossaville akan terus membangunkan potensi para pelajar berkeperluan khas dan membantu mereka mengintegrasi ke dalam sekolah-sekolah aliran utama," tulis Presiden Halimah. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan