Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah raikan pesakit, penjaga, Hospis Metta & SGH di Istana

30 pesakit serta penjaga mereka dan kakitangan dari Hospis Metta dan Hospital Besar Singapura menjadi tetamu Presiden Halimah Yacob di Istana siang tadi (30 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah raikan pesakit, penjaga, Hospis Metta & SGH di Istana

Presiden Halimah dengan salah seorang pengunjungnya, Encik Ja'far. (Gambar: Facebook/ MCI/ Chwee)

Diterbitkan : 30 Jul 2019 06:16PM Dikemas Kini : 30 Jul 2019 06:20PM

SINGAPURA: Seramai 30 pesakit serta penjaga mereka dan kakitangan dari Hospis Metta dan Hospital Besar Singapura menjadi tetamu Presiden Halimah Yacob di Istana siang tadi (30 Jul).

Pengalaman itu lebih manis lagi kerana ia adalah kali pertama lawatan seperti itu dianjurkan bagi para pesakit.

Menerusi lelaman Facebook beliau juga, Puan Halimah melahirkan rasa gembiranya menerima kunjungan tetamu khas itu.

Ketibaan mereka disambut mesra Puan Halimah yang kemudian membawa mereka melihat-lihat keindahan pekarangan Istana.

Mereka turut dibawa masuk ke lantai satu Istana di mana acara-acara rasmi biasanya diadakan.

Ramai di antara pesakit-pesakit itu melahirkan rasa ghairah mereka kerana lawatan itu kali pertama mereka berpeluang ke Istana.
 

Sumber : CNA/SY/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan