Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah, PM Lee utus kawat takziah kepada Presiden Mesir

Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis kepada rakan sejawatan masing-masing bagi menyampaikan ucapan takziah berhubung serangan di Masjid Al-Rawdah, semalam (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis kepada rakan sejawatan masing-masing bagi menyampaikan ucapan takziah berhubung serangan di Masjid Al-Rawdah, semalam (24 Nov).

Demikian menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar hari ini (25 Nov).

Presiden Halimah Yacob menulis kepada Presiden Abdel Fattah Al Sisi: "Saya terkejut dengan serangan ke atas Masjid Al Rawdah di bandar Bir al-Abed, Sinai Utara pada 24 November 2017, yang mengakibatkan kehilangan banyak nyawa yang tidak bersalah dan mencederakan ramai yang lain.

"Bagi pihak rakyat Singapura, saya menyampaikan ucapan takziah amat mendalam kepada anda dan keluarga mangsa yang sedang berdukacita. Saya berharap mereka yang cedera dapat cepat sembuh."

Tambah Presiden Halimah, "Singapura mengutuk keras serangan yang kejam itu". Beliau mengesahkan lagi perpaduan bersama Mesir dan warga negara itu dalam menentang pengganasan."

Puan Halimah turut mengatakan beliau yakin di bawah kepimpinan Presiden Al Sisi, "warga Mesir akan bersatu menghadapi ancaman ini dengan kekuatan dan ketahabahan".

"Ingatan dan doa kami bagi Mesir dan warganya dalam masa sedih ini.

"Singapura secara terang-terangan mengutuk serangan ganas ini. Kami mengesahkan lagi perpaduan dengan Mesir dan rakyat dalam perjuangan ini menentang serangan keganasan. Saya yakin bahawa di bawah kepimpinan anda, orang Mesir akan berdiri teguh bersama untuk menghadapi ancaman ini dengan kekuatan dan ketabahan," tambah Puan Halimah. 

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pula dalam suratnya kepada Pemangku Perdana Menteri Mostafa Madbouly berkata: "Saya terkejut dan sangat kecewa dengan serangan bersenjata dan letupan di Masjid Al Rawdah."

Singapura katanya mengutuk keras "serangan bersifat pengecut" terhadap jemaah semasa solat Jumaat.

Mesir, tambah PM Lee, sudah lama tegas dalam menghadapi keganasan dan pengganasan dan keganasan.

"Saya yakin Mesir dan rakyatnya akan mengatasi serangan ini dengan daya tahan dan kekuatan.

"Singapura berdiri bersatu dengan Mesir dalam masa yang sukar ini dan ingatan dan doa kami bersama mangsa dan keluarga mereka yang bersedih dalam masa berkabung ini.” 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan