Images
  • pm vietnam
    (Gambar: Reuters)

Presiden Halimah, PM Lee ucap tahniah kepada rakan sejawatan Vietnam atas pelantikan mereka

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatan mereka di Vietnam, Presiden Nguyen Xuan Phuc dan Perdana Menteri Pham Minh Chinh atas pelantikan mereka.

Encik Phuc dan Encik Chinh dilantik semasa Sesi ke-11 Perhimpunan Kebangsaan ke-14 Vietnam pada Isnin (5 Apr).

Dalam surat yang dikirimkan pada Rabu (7 Apr), Puan Halimah mengucapkan tahniah kepada Encik Phuc dengan berkata: "Singapura dan Vietnam sudah lama menjadi rakan kerja, dan menikmati hubungan baik dalam pelbagai sektor.

"Persahabatan erat yang terjalin antara kedua-dua negara dibina atas dasar saling percaya dan kepentingan bersama, yang diperkukuh dengan kerjasama dalam pelbagai forum, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN."

Beliau juga menarik perhatian bahawa kedua-dua negara terus meningkatkan hubungan dua hala mereka di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Puan Halimah menambah bahawa Singapura dan Vietnam "sedang mencatat kemajuan baru dalam bidang-bidang seperti inovasi, bandar bijak, daya tenaga bersih dan ekonomi digital". Beliau menjemput Encik Phuc untuk melakukan lawatan negara ke Singapura tidak lama lagi.

Dalam ucap tahniah kepada rakan sejawatannya Encik Chinh, PM Lee berkata pada Rabu bahawa Vietnam "mencatatkan kemajuan ekonomi dan pembangunan memberangsangkan dalam tempoh sedekad lalu.

"Walaupun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang masih berlaku, Vietnam terus mencatat pertumbuhan, yang membuktikan negara itu mampu buat penyesuaian, dinamik, berdaya tahan dan berinovasi."

Beliau juga menarik perhatian bahawa Singapura dan Vietnam sudah menjalain persahabatan sejak sekian lama dan merupakan rakan kongsi strategik dengan Singapura adalah pelabur asing ketiga terbesar di Vietnam.

"Kita mempunyai hubungan rapat dalam sektor keselamatan, perdagangan, pendidikan dan kewangan. Kita juga sedang berusaha untuk memperluaskan kerjasama dalam bidang-bidang baru termasuk ekonomi digital, keselamatan siber, tenaga bersih dan bandar bijak," kata Encik Lee.

Beliau juga menjemput Encik Chinh supaya melakukan lawatan ke Singapura.

Berikut adalah surat yang dikirimkan oleh Puan Halimah dan Encik Lee:

Surat Ucapan Tahniah daripada Presiden Halimah Yacob kepada Presiden Republik Sosialis Vietnam Nguyen Xuan Phuc

6 April 2021

His Excellency Nguyen Xuan Phuc

President

Socialist Republic of Vietnam

Your Excellency,

On behalf of the people of Singapore, I extend my heartiest congratulations on your appointment as President of the Socialist Republic of Vietnam.

Singapore and Vietnam are longstanding partners, and enjoy excellent relations across many sectors. The close friendship between our two countries is built on mutual trust and common interests, which have guided our strong partnership in multilateral fora, including the United Nations and ASEAN. Our bilateral relations have continued to grow even amidst the COVID-19 pandemic. Our two countries are breaking new ground in areas such as innovation, smart cities, clean energy, and digital economy. I am confident that there is much potential for Singapore and Vietnam to do even more together in the post-COVID-19 world.

Please accept my best wishes for Your Excellency’s good health and success. I would also like to take this opportunity to invite you to make a State Visit to Singapore soon.

Yours sincerely,

Halimah Yacob

Surat Ucapan Tahniah daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong kepada Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam Pham Minh Chinh

6 April 2021

Dear Prime Minister Chinh,

On behalf of the Government of Singapore, I extend my warmest congratulations on your appointment as Prime Minister of the Socialist Republic of Vietnam.

Vietnam has made impressive economic and developmental progress in the last decade. Notwithstanding the challenge of the ongoing COVID-19 pandemic, Vietnam has continued to grow from strength to strength, which attests to your dynamism, adaptability, resilience, and innovation. Singapore and Vietnam are longstanding friends and Strategic Partners. We are Vietnam’s third largest foreign investor, and we have deep relations across the board in security, trade, education, and finance. We are also working to expand our cooperation in new areas, including digital economy, cybersecurity, clean energy, and smart cities. I look forward to working closely with you in these areas.

Please accept my best wishes for your good health and success. I will be honoured if you are able to accept my invitation to make an Official Visit to Singapore at your earliest convenience.

Yours sincerely,

Lee Hsien Loong

Prime Minister 

- CNA/HA/ha

Top