Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah: Persatuan suku kaum terus main peranan penting

Persatuan suku kaum Cina terus memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sosial di Singapura menerusi hubungan yang mendalam dengan masyarakat lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2019 11:06PM Dikemas Kini : 19 Dec 2019 11:48PM

SINGAPURA: Persatuan suku kaum Cina terus memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan sosial di Singapura menerusi hubungan yang mendalam dengan masyarakat lain.

Bercakap pada Khamis (19 Dis) semasa lawatan pertamanya ke Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura sebagai Presiden, Puan Halimah Yacob berkata ini amat penting, memandangkan keperluan untuk mengukuhkan dan mengekalkan keharmonian kaum dan agama di sini.

"Setiap sumbangan masyarakat terhadap perpaduan sosial adalah sangat penting," kata Presiden Halimah.

"Sama ada dengan menawarkan dermasiswa, biasiswa, atau melalui penganjuran kegiatan yang relevan dengan masyarakat dan mendampingi golongan yang memerlukan,"tambah beliau.

Puan Halimah juga berkata di tengah-tengah persekitaran global yang pesat berubah, persekutuan itu memainkan peranan utama dalam membantu anggotanya mendakap dan menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi.

Beliau menambah satu lagi peranan penting bagi persatuan suku kaum adalah memastikan tradisi dan nilai budaya diwarisi secara turun-temurun oleh generasi akan datang.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan