Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah, Naib Presiden China tegaskan hubungan 2 hala

Naib Presiden China Wang Qishan dan Presiden Singapura Halimah Yacob pada Isnin (5 Nov) menegaskan semula hubungan rapat antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah, Naib Presiden China tegaskan hubungan 2 hala

Naib Presiden China Wang Qishan berjabat tangan dengan Presiden S'pura Halimah Yacob (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 06 Nov 2018 12:13AM Dikemas Kini : 06 Nov 2018 12:15AM

SINGAPURA: Naib Presiden China Wang Qishan dan Presiden Singapura Halimah Yacob pada Isnin (5 Nov) menegaskan semula hubungan rapat antara kedua-dua negara.

Encik Wang yang berada di Singapura dalam lawatan rasmi tiga hari, membuat kunjungan hormat kepada Puan Halimah di Istana.

"Presiden Halimah dan Naib Presiden Wang menegaskan semula hubungan rapat dua hala antara Singapura dengan China, berdasarkan kerjasama dua hala substantif dalam pelbagai bidang," menurut kenyataan media Kementerian Ehwal Luar (MFA).

"Mereka menyingkap kemajuan yang dibuat oleh tiga projek antara pemerintah dan membincangkan bidang-bidang kerjasama baru."

Menurut MFA lagi, Presiden Halimah dan Encik Wang juga membincangkan perkembangan penting antarabangsa dan serantau, termasuk kerjasama ASEAN-China dan hubungan China-Amerika Syarikat.

Pada Selasa, Encik Wang akan menyampaikan ucaptama di Forum Ekonomi Baru Bloomberg yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Forum dua hari itu menghimpunkan 400 pemimpin terkemuka dengan tujuan mencari "huraian-huraian yang diterajui sektor privet bagi cabaran-cabaran yang muncul dek ekonomi dunia yang kini dalam peralihan", menurut kenyataan pihak penganjur.

Acara itu akan menampilkan penceramah terkemuka seperti mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Henry A Kissinger, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde dan ketua umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan