Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah lawat The Helping Hand; tingkatkan kesedaran terhadap pemulihan bekas banduan

Presiden Halimah Yacob melawat rumah peralihan The Helping Hand pada Khamis (18 Apr) dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap pemulihan dan mengintegrasikan kembali bekas banduan ke dalam masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Apr 2019 07:58PM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 10:58PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob melawat rumah peralihan The Helping Hand pada Khamis (18 Apr) dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap pemulihan dan mengintegrasikan kembali bekas banduan ke dalam masyarakat.

Semasa lawatannya, Puan Halimah bertemu dengan beberapa kakitangan pusat itu yang pernah menjalani program pemulihan di pusat tersebut.

Beliau turut meninjau kemudahan-kemudahan yang ada di pusat tersebut, termasuk satu perusahaan perniagaan menjual barangan perabot.

Terapi kerja membentuk sebahagian besar proses pemulihan dan pada masa yang sama, para klien juga menerima gaji.

Pusat itu juga menyediakan bentuk terapi yang lain bagi menggalak aktiviti bersosial. Ia ditubuhkan pada 1987 oleh pengasasnya, Robert Yeo, seorang bekas penagih dadah.

Sumber : CNA/HA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan