Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah lawat Pusat Rainbow, bawa keceriaan kepada kanak-kanak

Lawatan Presiden Halimah Yacob ke Pusat Rainbow hari ini (10 Nov), membawa keceriaan kepada sekumpulan kanak-kanak di situ. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Nov 2020 09:26PM Dikemas Kini : 10 Nov 2020 09:33PM

SINGAPURA: Lawatan Presiden Halimah Yacob ke Pusat Rainbow hari ini (10 Nov), membawa keceriaan kepada sekumpulan kanak-kanak di situ.

Badan amal itu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak kurang upaya termasuk autisme.

Puan Halimah turut berinteraksi dengan para pelajar dan menyaksikan kegiatan-kegiatan yang diadakan di pusat tersebut.

Semasa lawatannya, beliau juga dimaklumkan tentang program-program yang disediakan, termasuk Program Campur Tangan Awal dan Program Bakat Seni.

Puan Halimah juga diberikan pencerahan tentang Pusat Jagaan Pelajar Selepas Waktu Sekolah serta Akademi Perniagaan Mikro yang disokong Cabaran Presiden. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan