Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah lakukan Lawatan Negara ke Kuwait dan Arab Saudi 3-8 Nov

 Presiden Halimah Yacob akan melakukan Lawatan Negara ke Kuwait dari 3 hingga 4 November 2019 dan ke Arab Saudi dari 5 hingga 8 November 2019. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob akan melakukan Lawatan Negara ke Kuwait dari 3 hingga 4 November 2019 dan ke Arab Saudi dari 5 hingga 8 November 2019.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar, lawatan itu merupakan lawatan negara kedua Presiden Halimah ke Kuwait dan yang pertama ke Arab Saudi.

Di Kuwait, Presiden Halimah akan mengunjungi Amir Kuwait Sheikh Sabah Al Ahmad Al Jaber Al Sabah, dan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin kanan Kuwait.

Amir Sheikh Sabah juga akan mengadakan jamuan untuk Presiden Halimah.

Puan Halimah juga dijadual menemui para pelajar Singapura di Kuwait dan melawat Pusat Kebudayaan Sheikh Abdullah Al Salem di Kuwait.

Di Arab Saudi, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud, yang juga Penjaga Dua Masjid Paling Suci Islam, akan mengadakan jamuan untuk Presiden Halimah.

Puan Halimah juga akan bertemu dengan Putera Mahkota Saudi Mohammad Bin Salman Bin Abdulaziz Al Saud, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Saudi serta para pemimpin kanan Saudi yang lain.

Presiden Halimah juga akan menghadiri satu jamuan malam bersama warga Singapura di Saudi.

Puan Halimah dan rombongan beliau turut akan melawat tapak-tapak bersejarah, tempat-tempat suci Islam dan pusat-pusat kebudayaan di Riyadh, Jeddah, Makkah and Madinah.

Presiden Halimah diiringi suami beliau Encik Mohamed Abdullah Alhabshee; Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli; Dr Koh Poh Koon, Menteri Negara Kanan, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan serta Anggota Parlimen Cik Foo Mee Har dan Cik Joan Pereira, selain para pegawai dari Pejabat Presiden, MFA, MTI dan MEWR.

Sebuah rombongan perniagaan dari Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dan Enterprise Singapura juga akan melawat Arab Saudi sempena Lawatan Negara Presiden.

Semasa Presiden Halimah di luar negara, Encik Eddie Teo, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden akan memangku tugas Presiden. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan