Images

Presiden Halimah kunjungi rumah tumpangan Christalite Methodist Home

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada lawatan kemasyarakatan beliau, Presiden Halimah Yacob berkunjung ke rumah tumpangan Christalite Methodist Home pada Khamis (13 Feb).

Rumah tumpangan di Marsiling Drive itu menampung seramai 154 penghuni dan sebahagian besarnya, lelaki.

Purata usia penghuninya pula ialah 73 tahun.

Rumah tumpangan tersebut menyediakan tempat berteduh, khidmat kejururawatan dan pemulihan bagi para penghuni.

Semasa lawatannya itu, Presiden Halimah turut beramah mesra dengan para penghuni serta kakitangannya.

Beliau juga diberi taklimat mengenai pelbagai program dan terapi termasuk fisioterapi dan sesi rangsangan kognitif bagi penghuni yang lebih tua dan berpenyakit.

"Saya mengunjungi warga emas di MWS Christalite Methodist Home (CMH) pagi ini dan memberikan produk-produk kebersihan kepada mereka untuk membantu mereka mengamalkan kebersihan diri yang baik. Saya juga sempat beramah mesra dengan mereka yang nampak bersemangat meskipun dalam masa-masa sukar ini," tulis Presiden Halimah di Facebooknya hari ini. 

- CNA/SY/tq

Top