Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah kunjung relawan S'pura semasa lawatan ke Jakarta

Presiden Halimah Yacob pada Rabu (5 Feb) pagi melakukan kunjungan ke Yayasan Pembinaan Anak Cacat (YPAC) di Jakarta, Indonesia untuk menyaksikan kerjasama antara relawan kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Feb 2020 08:03PM Dikemas Kini : 05 Feb 2020 08:58PM

JAKARTA: Presiden Halimah Yacob pada Rabu (5 Feb) pagi melakukan kunjungan ke Yayasan Pembinaan Anak Cacat (YPAC) di Jakarta, Indonesia untuk menyaksikan kerjasama antara relawan kedua-dua negara.

Kunjungan itu dibuat semasa lawatan negaranya ke Indonesia yang bermula 3 Feb hingga 6 Feb ini.

Semasa di YPAC, Presiden Halimah, yang juga penaung Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) menyaksikan kerja-kerja di bawah projek Terapi Pergerakan bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas, sebuah kerjasama sepanjang empat tahun antara SIF, YPAC Jakarta dan SingHealth.

Menerusi usaha tersebut, relawan antarabangsa dari Singapura akan memperkukuh keupayaan pengamal pendidikan khas di Indonesia dengan strategi dan alat-alat yang dijangka akan memanfaatkan 2,000 anggota masyarakat setempat.

Mengulas kerjasama tersebut, Presiden Halimah berkata: "Sebagai masyarakat global, Singapura dan Indonesia berkongsi matlamat untuk mencapai pembangunan positif yang mampan dalam bidang seperti pendidikan inklusif.

"Saya berbesar hati menyaksikan kerjasama utuh antara SIF, Relawan Antarabangsa Singapura dari KKH dengan pengamal pendidikan khas di YPAC Jakarta."

"Projek Terapi Pergerakan bagi Kanak-Kanak Berkeperlulan Khas di bawah SIF membolehkan kedua-dua pihak saling bertukar-tukar ilmu dan kemahiran, sambil mendalami hubungan antara masyarakat," kata beliau. "Saya berharap projek rentas budaya ini akan terus mempertingkatkan kehidupan kanak-kanak berkeperluan khas pada masa hadapan."

TEMUI GOLONGAN PENIAGA, PEMIMPIN SILANG AGAMA

Malam semalam, Presiden Halimah bertemu dengan tokoh-tokoh perniagaan Singapura dan Indonesia dalam satu majlis jamuan. Beliau menggalakkan golongan peniaga Singapura agar terus meneroka peluang-peluang kerjasama baru di Indonesia.

Secara berasingan Presiden Halimah bertemu dengan para pemimpin agama dan silang agama di mana mereka menekankan kepentingan persefahaman dan harmoni antara masyarakat, sambil saling bertukar-tukar pandangan berhubung cara-cara memperkukuh perpaduan.

Presiden Halimah berangkat ke Yogjakarta pada petang Rabu di mana beliau akan menghadiri majlis makan malam bersama Gabenor Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubuwono X.

Presiden Halimah berlepas pulang ke Singapura esok.  

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan