Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Ketua Negara S'pura pertama lakukan Lawatan Negara ke Arab Saudi

Presiden Halimah Yacob sedang melakukan Lawatan Negara ke Arab Saudi. Beliau tiba di Madinah awal pagi tadi (5 Nov) dari Kuwait dan berada di Riyadh malam ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Ketua Negara S'pura pertama lakukan Lawatan Negara ke Arab Saudi

(Gambar: Mediacorp)

MADINAH: Presiden Halimah Yacob sedang melakukan Lawatan Negara ke Arab Saudi. Beliau tiba di Madinah awal pagi tadi (5 Nov) dari Kuwait dan berada di Riyadh malam ini.

Presiden Halimah diberikan layanan istimewa sebagai Ketua Negara Singapura yang pertama melakukan Lawatan Negara ke Arab Saudi.

Rombongan beliau diiringi masuk ke Masjid Nabawi bagi mengerjakan solat subuh. Selepas itu Presiden Halimah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di kota Madinah.

Persinggahan pertama beliau ialah Jabal Uhud di mana tentera Islam tewas kerana tidak mengikuti arahan Nabi Muhammad.

Masjid Quba pula adalah masjid pertama yang dibina di Madinah setibanya Nabi Muhammad di kota itu.

Turut dilawati Presiden Halimah dan rombongannya ialah Masjid Qiblatain dan Muzium Kereta Api Hejaz.

Di sebelah malam Presiden Halimah diberi sambutan negara penuh istiadat semasa ketibaannya di Lapangan Terbang Raja Khalid di Riyadh. 

Sumber : BERITA Mediacorp/hk/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan