Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah gulung lawatan ke Kuwait selepas bertemu pelajar S'pura di sana

Presiden Singapura Halimah Yacob berkata salah satu contoh persahabatan baik yang berpanjangan dalam hubungan Singapura dengan Kuwait adalah masyarakat pelajar tempatan di kerajaan Timur Tengah itu.

Anggaran Waktu Membaca:

KUWAIT: Presiden Singapura Halimah Yacob berkata salah satu contoh persahabatan baik yang berpanjangan dalam hubungan Singapura dengan Kuwait adalah masyarakat pelajar tempatan di kerajaan Timur Tengah itu.

Presiden Halimah berkata demikian hari ini (4 Nov) sebagai menggulung lawatan negara beliau selama dua hari ke Kuwait.

Rombongan Singapura pimpinan Presiden Halimah akan berangkat ke Arab Saudi malam ini untuk memulakan rangka lawatan kedua beliau ke Timur Tengah.

Berucap di majlis pertemuan dengan para pelajar Singapura di Kuwait malam semalam, Presiden Halimah berkata sejak tahun 1980 lebih 40 pelajar Singapura sudah lulus dari Sekolah Tinggi Al Mahad Al Din.

17 orang warga Singapura yang sedang menuntut di Kuwait di bawah biasiswa Kementerian Pendidikan kerajaan Teluk itu pula akan memainkan peranan penting dalam menggalak perpaduan sosial di Singapura.

Pendidikan agama itu, menurut Presiden Halimah perlu diubah suai mengikut konteks masyarakat Singapura.

Puan Halimah turut mengingatkan para pelajar Singapura di Kuwait bahawa mereka mempunyai peranan amat penting dalam memberikan panduan kerohanian dan bimbingan kepada masyarakat Islam Singapura.

Ini, tambah beliau, amat penting di Singapura yang berbilang kaum dan agama.

Salah seorang daripada tiga pelajar perempuan Singapura yang sedang menuntut di Kuwait sejak menengah satu ialah Amatullah Azmi.

"Saya rasa perbezaan yang paling saya boleh lihat adalah kebebasan. Seperti di Kuwait ini, pelajar perempuan, dikawal pergerakannya," kongsi beliau apabila ditanya tentang perbezaan suasana pembelajaran di sana dan di Singapura.

Siang tadi, Presiden Halimah berkunjung ke Pusat Kebudayaan Sheikh Abdullah Al Salem di Kuwait, sebelum berangkat untuk melakukan pula lawatan negaranya yang pertama ke Arab Saudi.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan