Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah gesa langkah dipertingkat cegah salah guna dadah dalam kalangan wanita

Program pemulihan berkesan, sistem sokongan kukuh dan keupayaan menampung perbelanjaan sendiri penting bagi pemulihan bekas pesalah atau penyalah guna dadah.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Oct 2019 07:52PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 09:36PM

SINGAPURA: Program pemulihan berkesan, sistem sokongan kukuh dan keupayaan menampung perbelanjaan sendiri penting bagi pemulihan bekas pesalah atau penyalah guna dadah.

Demikian menurut Presiden Halimah Yacob hari ini (11 Okt)semasa lawatannya ke Turning Point.

Satu-satunya rumah peralihan bagi bekas penagih dan pesalah dadah wanita itu menyediakan program kemahiran membuat kuih dan menjahit dijalankan dengan tujuan membantu mereka membuka lembaran kehidupan baru sebagai individu berdisiplin.

Semua itu juga demi mempersiapkan diri mereka sebelum dibebaskan kelak.

Mereka berusia dalam lingkungan 20-an hingga 60-an.

Semasa lawatannya bertemu para penghuni, Presiden Halimah juga berkata lebih banyak boleh dilakukan untuk mencegah golongan remaja daripada terjerumus ke kancah penyalahgunaan dadah.

"Kita perlukan program-program pemulihan yang bermutu tinggi. Program rehabilitasi bukan sahaja berguna semasa mereka di rumah tumpangan seperti ini tetapi juga program yang menyokong mereka setelah mereka keluar daripada rumah seperti Turning Point ini," ujar Presiden Halimah Yacob. 

Sumber : CNA/AQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan