Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah gesa bina hubungan, dialog antara masyarakat berbilang kaum

Presiden Halimah Yacob berkata banyak masyarakat kini mengalami percanggahan, rasa saling tidak percaya dan perpecahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 May 2019 05:28PM Dikemas Kini : 14 May 2019 09:15PM

BEIJING: Presiden Halimah Yacob berkata banyak masyarakat kini mengalami percanggahan, rasa saling tidak percaya dan perpecahan.

Oleh itu terdapat keperluan yang mendesak bagi membina hubungan dan dialog lebih baik antara masyarakat berbilang kaum.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan akhbar China "People's Daily" hari ini (14 Mei) sedang beliau memulakan lawatan tiga hari ke negara itu bagi menghadiri Sidang Dialog Tamadun Asia.

Ditanya mengenai pengalaman Singapura sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama, Presiden Halimah berkata, soal kaum, bahasa dan agama menjadi isu-isu asas Singapura.

Matlamat para pemimpin pengasas Singapura, katanya adalah untuk membina sebuah negara bersatu bagi semua kaum dengan rakyatnya diberi peluang-peluang yang sama dan adil.

Sedang Singapura membina satu identiti bersama, Presiden Halimah berkata Singapura juga meraikan kepelbagaian warisan budaya berbilang kaum.

Presiden Halimah juga menarik perhatian tentang kedudukan Singapura yang unik.

Ia dilihat sebagai sebuah negara berbilang bangsa walaupun majoriti penduduknya kaum China.

Singapura dan China meraikan hubungan diplomatik selama 30 tahun pada tahun depan.

Singapura kata Presiden Halimah, berharap dapat bekerjasama dengan China bagi meluaskan lagi kerjasama yang ada ke beberapa bidang baru.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan