Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah dianugerahi Pingat Darjah Raja Abdulaziz

Presiden Halimah Yacob dianugerahi Pingat Darjah Raja Abdul Aziz, sekaligus menjadi pemimpin pertama dari Singapura yang dikurniakan anugerah awam tertinggi Arab Saudi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah dianugerahi Pingat Darjah Raja Abdulaziz

Presiden Halimah Yacob dianugerahi Pingat Darjah Raja Abdul Aziz oleh Raja Salman. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 06 Nov 2019 10:53PM Dikemas Kini : 07 Nov 2019 11:25AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob dianugerahi Pingat Darjah Raja Abdulaziz, sekaligus menjadi pemimpin pertama dari Singapura yang dikurniakan anugerah awam tertinggi Arab Saudi itu.

Puan Halimah, yang sedang mengadakan lawatan negara ke Arab Saudi, tiba di Riyadh pada Selasa (5 Nov) selepas mengunjungi Madinah seperti yang dianjurkan oleh Protokol Diraja Saudi.

Presiden Halimah Yacob dianugerahi Pingat Darjah Raja Abdul Aziz oleh Raja Salman. (Gambar: MCI)

(Gambar: MCI)

Beliau bersama rombongannya disambut penuh istiadat oleh Gabenor Riyadh, Putera Faisal Bin Bandar Bin Abdulaziz Al Saud, di Terminal Diraja dekat negeri itu.

Presiden juga mengadakan pertemuan dengan Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud, penjaga dua masjid di tanah suci, pada Rabu (6 Nov). Raja Salman turut mengadakan jamuan tengah hari negara bagi meraikan kehadiran Puan Halimah bersama suaminya, Encik Abdullah Alhabshee.

Semasa pertemuan mereka, Puan Halimah dan Raja Salman menegaskan lagi hubungan dua hala muhibah dan sekian lama terjalin antara Singapura dengan Arab Saudi selain membincangkan cara-cara untuk memperluaskan lagi kerjasama. Ini termasuk melalui sokongan Singapura terhadap agenda ekonomi Visi 2030 Saudi dan peranan negara itu sebagai presiden G20 pada tahun depan.

Puan Halimah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Raja Salman kerana mengundang Singapura untuk mengambil bahagian dalam mesyuarat G20 di Arab Saudi pada tahun depan, di mana Singapura menerima undangan itu dengan penuh hormat.

Awal dari itu, Puan Halimah mengadakan pertemuan dengan Putera Faisal. Mereka membincangkan kemajuan projek-projek di Riyadh dan peluang-peluang yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat-syarikat Singapura. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan