Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah bertemu pelajar S'pura, rombongan SBF ketika di Jeddah

Presiden Halimah kini berada di Jeddah, Arab Saudi dalam rangka lawatan negara pertamanya ke Timur Tengah.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Presiden Halimah kini berada di Jeddah, Arab Saudi dalam rangka lawatan negara pertamanya ke Timur Tengah.

Selain pertemuan dengan para pemimpin kanan Saudi, jadual Puan Halimah di Jeddah amat padat dengan pertemuan bersama masyarakat Singapura di Saudi termasuk para pelajar dan rombongan dari Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).

Setibanya beliau di Jeddah dari Riyadh pagi tadi (7 Nov), Presiden Halimah bertemu dengan Timbalan Gabenor Makkah, Putera Badr Bin Sultan.

Putera Badr juga adalah penasihat kepada Raja Salman, penjaga dua masjid suci Islam.

Pada sebelah petang pula, Presiden Halimah mengadakan pertemuan dengan rombongan SBF yang berada di Saudi bagi meneroka lebih banyak bidang kerjasama antara syarikat-syarikat Singapura dengan firma-firma Saudi.

Saudi adalah rakan dagangan kedua terbesar Singapura di Timur Tengah.

Tahun lalu, dagangan dua hala melepasi $18 bilion.

Beberapa syarikat Singapura sudahpun bertapak di Saudi manakala lebih 50 syarikat Saudi juga sudah mula beroperasi di Singapura.

Pada malam ini (7 Nov), Presiden Halimah akan bertemu dengan masyarakat Singapura di Saudi dalam satu jamuan malam di Jeddah.

Ini termasuk para pelajar Singapura yang sedang menuntut di beberapa universiti di Saudi, termasuk di Makkah, Madinah dan Riyadh.

Pada malam ini juga, Presiden Halimah dijangka ke Makkah.

Pada Selasa (6 Nov), Puan Halimah menjadi warga Singapura yang pertama dianugerahkan pingat awam tertinggi Saudi oleh Raja Salman.

Pingat Raja Abdul Aziz itu disampaikan kepada Presiden Halimah semasa pertemuan beliau dengan Raja Salman di Istana Al Yamamah di Riyadh.

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan