Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah anugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Menteri Dalam Negeri Indonesia

Presiden Halimah Yacob menyampaikan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian pada Rabu (15 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah anugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Menteri Dalam Negeri Indonesia

Profesor H Muhammad Tito Karnavian (kanan) menerima Darjah Utama Bakti Cemerlang dari Presiden Halimah Yacob (Gambar: MHA)

Diterbitkan : 15 Jan 2020 11:13PM Dikemas Kini : 15 Jan 2020 11:22PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyampaikan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian pada Rabu (15 Jan).

Profesor Tito yang juga mantan Ketua Polis Indonesia diiktiraf atas peranannya dalam mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala antara kedua-dua pasukan polis negara.

Beliau merupakan Ketua Polis Indonesia dari Julai 2016 hingga Oktober 2019.

Pasukan polis Indonesia merupakan rakan kerja yang strategik untuk Singapura dan akan terus bekerjasama dengan mereka.

Sebelum majlis penganugerahan itu, Profesor Tito mengunjungi Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Beliau juga mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Kanan Teo Chee Hean, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K Shanmugam dan Pesuruhjaya Polis Singapura.  

Sumber : CNA/HK/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan