Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah anugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Ketua Polis Negara Malaysia

Presiden Halimah Yacob menganugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Ketua Polis Negara Malaysia pada Isnin (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah anugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Ketua Polis Negara Malaysia

Presiden Halimah Yacob menganugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Ketua Polis Negara Malaysia. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menganugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang kepada Ketua Polis Negara Malaysia pada Isnin (15 Apr).

Anugerah tersebut disampaikan kepada Inspektor-Jeneral Polis Mohamad Fuzi Harun di Istana.

Dalam satu kenyataan, Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata penghargaan tersebut adalah bagi mengiktiraf peranan Tan Sri Fuzi dalam memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dua hala antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan SPF.

Pengiktirafan itu juga diberikan atas sumbangannya terhadap keselamatan Singapura dan rantau ini dalam menangani ancaman pengganas, dadah dan jenayah rentas sempadan.

SPF menambah, di bawah kepimpinan Tan Sri Fuzi, persahabatan yang sudah lama terjalin antara PDRM dengan SPF diperkukuhkan dengan ketara.

Khususnya, kedua-dua pihak memperkukuhkan kerjasama dalam bidang siasatan, maklumat dan pertukaran perisikan serta dalam pembinaan keupayaan dan latihan.

"Pasukan Polis Singapura dan Polis Diraja Malaysia sudah menjalin hubungan dua hala yang erat dengan satu matlamat yang sama iaitu, memerangi jenayah rentas sempadan. Pasukan Polis Singapura akan terus bekerja rapat dengan Polis Diraja Malaysia dalam memerangi ancaman-ancaman baru dan menular," kata Pesuruhjaya Polis Hoong Wee Teck.

Sebelum upacara tersebut, Tan Sri Fuzi membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam dan Encik Hoong. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan