Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah anjur majlis ucap terima kasih kepada penganjur, peserta NDP 2019

Presiden Halimah Yacob mengadakan majlis jamuan teh di Istana petang tadi (14 Ogos) bagi pihak penganjur utama dan para peserta yang bekerja keras untuk mengadakan persembahan hebat Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 9 Ogos lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2019 09:58PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 11:38PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengadakan majlis jamuan teh di Istana petang tadi (14 Ogos) bagi pihak penganjur utama dan para peserta yang bekerja keras untuk mengadakan persembahan hebat Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) pada 9 Ogos lalu.

Mereka termasuk para pegawai berpakaian seragam dan pelajar berkeperluan khas dari Sekolah Tanglin.

Sebagai anggota Generasi Merdeka, Presiden Halimah menambah beliau cukup terkesan dengan segmen Perarakan Kenderaan yang disifatkannya sebagai sesuatu yang tidak dapat dilupakan dalam NDP tahun ini.

"Sangat hebat untuk menyaksikan ribuan warga Singapura berada di jalan-jalan raya dan mengibarkan bendera untuk menyambut perarakan kenderaan.

"Sambutan di kawasan kejiranan menyatukan warga Singapura dan ia menunjukkan cinta yang mendalam terhadap negara ini," ujar Puan Halimah.

Beliau turut menekankan betapa rakyat Singapura harus kekal utuh dan bersatu sebagai satu negara serta mengukuhkan jalinan selain meraikan kepelbagaian. 

Sumber : CNA/NU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan