Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE kereta naik, tapi jatuh bagi motosikal dan kenderaan muatan

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$32,809 berbanding S$31,001.

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE kereta naik, tapi jatuh bagi motosikal dan kenderaan muatan

Gambar fail kenderaan di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 18 Jul 2018 04:57PM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 05:01PM

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (18 Jul).

COE bagi kereta dalam Kategori A, atau 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup pada harga S$32,699, berbanding S$25,000 dalam bidaan sebelum ini.

Premium-premium untuk kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B meningkat kepada S$32,551 dari S$31,000.

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$32,809 berbanding S$31,001.

COE motosikal ditutup pada S$6,189, merosot dari S$6,514 dalam bidaan sebelum ini.

COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan dan bas, jatuh kepada S$30,889 dari S$31,092 dalam bidaan sebelum ini.

Sebanyak 7,411 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 4,143 diperuntukkan.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan