Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE kereta jatuh ke paras terendah sejak 2010

Paras terendah yang dicatatkan sebelum ini adalah pada 10 Mac 2010 apabila premiumnya jatuh kepada S$26,389.

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE kereta jatuh ke paras terendah sejak 2010

Gambar fail jalan raya di Singapura. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 06:05PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 06:08PM

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) jatuh ke paras terendah dalam masa lebih lapan tahun, merosot kepada S$33,900 berbanding S$36,000 pada bidaan lalu.

Paras terendah yang dicatatkan sebelum ini adalah pada 10 Mac 2010 apabila premiumnya jatuh kepada S$26,389.

Premium bagi kenderaan-kenderaan lain kebanyakannya ditutup lebih rendah.

COE bagi kereta dalam Kategori A, atau 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup pada harga S$34, 110 berbanding S$36,426 dalam bidaan sebelum ini.

Ini adalah yang terendah sejak 3 November 2010, apabila premiumnya adalah S$34,001.

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, merosot kepada S$34,400 berbanding S$37,000.

COE motosikal ditutup pada S$6,889 merosot dari S$7,001 dalam bidaan sebelum ini.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, meningkat kepada S$32,001 dari S$29,902 dalam bidaan sebelum ini.

Sebanyak 5,734 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 4,178 diperuntukkan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan