Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru

Premuim Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 17 Oct 2018 04:40PM Dikemas Kini : 17 Oct 2018 04:42PM

SINGAPURA: Premuim Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru pada Rabu (17 Okt).

Bagi Kategori A iaitu kereta 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada sekitar S$25,560 berbanding sekitar S$28,460 dalam bidaan sebelumnya.

Premium bagi kereta-kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B pula naik dari S$31,301 kepada S$31,302.

COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, meningkat dari sekitar S$32,550 kepada S$32,900.

Premium motosikal pula ditutup pada harga sekitar S$3,950 berbanding sekitar S$4,110 dalam bidaan lalu.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, naik dari sekitar S$28,500 kepada kira-kira S$29,500.

Sejumlah 6,117 bidaan diterima, dengan kuota 4,655 sijil COE diperuntukkan.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan