Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE cecah S$80,000 bagi kereta besar, kategori terbuka

Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi kereta besar dan kategori terbuka mencecah S$80,000 sedang harga-harga dalam bidaan terkini ditutup lebih tinggi hari ini (20 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE cecah S$80,000 bagi kereta besar, kategori terbuka
Diterbitkan : 20 Oct 2021 04:51PM Dikemas Kini : 20 Oct 2021 04:52PM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi kereta besar dan kategori terbuka mencecah S$80,000 sedang harga-harga dalam bidaan terkini ditutup lebih tinggi hari ini (20 Okt).

Bagi kereta dalam Kategori A, atau hingga 1,600cc dan 130bhp, premium ditutup pada S$52,709 berbanding S$47,001 dalam bidaan lalu.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B pula naik dari S$70,200 kepada S$80,210 iaitu yang paling tinggi sejak April 2014 ketika ia mencecah S$84,504.

Sementara itu, harga COE bagi kenderaan komersil termasuk kenderaan muatan naik kepada S$40,501 dari S$38,890 dalam bidaan sebelum ini.

Premium motosikal pula ditutup pada S$9,310, lebih tinggi berbanding S$9,052 dalam bidaan lalu.

Premium COE bagi Kategori Terbuka (Kategori E), yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, naik kepada S$85,000 daripada S$72,756. Ini merupakan premium kategori terbuka yang paling tinggi sejak November 2013 apabila ia mencecah S$89,001.

Secara keseluruhannya, sebanyak 3,784 bidaan diterima dengan kuota 2,371 COE diperuntukkan. 

Sumber : CNA/SM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan