Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Preetipls, Subhas Nair diberi amaran bersyarat berhubung video rap 'menyinggung perasaan'

Adik beradik, Preeti Nair dan Subhas Nair, diberikan amaran bersyarat berhubung video rap yang dihasilkan mereka dan kemudian dimuat naik ke Internet, menurut polis dalam kenyataan medianya hari ini (14 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Preetipls, Subhas Nair diberi amaran bersyarat berhubung video rap 'menyinggung perasaan'

Bintang Internet tempatan, Preetipls and penyanyi rap, Subhas. (Gambar-Gambar: @preetipls/Instagram, @subhasmusic/Instagram)

Diterbitkan : 14 Aug 2019 01:37PM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 01:41PM

SINGAPURA: Adik beradik, Preeti Nair dan Subhas Nair, diberikan amaran bersyarat berhubung video rap yang dihasilkan mereka dan kemudian dimuat naik ke Internet, menurut polis dalam kenyataan medianya hari ini (14 Ogos).

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan polis:

Pada 29 Julai 2019, Polis melancarkan siasatan selepas menerima aduan mengenai video rap yang menjadi tular di wadah-wadah media sosial. Cik Nair dan Encik Nair mengaku kepada Polis bahawa mereka menghasilkan dan menerbitkan video itu. Video berkenaan dengan jelas melanggar Kanun Jenayah.

Jika video itu dibenarkan, maka video-video serupa yang mengandungi kata-kata kesat dan menyinggung perasaan yang disasarkan terhadap semua masyarakat juga harus dibenarkan.

Terdapat bukti-bukti jelas di merata dunia, termasuk minggu lalu, di mana langkah seumpama itu boleh mengundang lebih banyak perbuatan yang berbaur perkauman dan ketegangan antara kaum yang akhirnya boleh mencetuskan keganasan.

Masyarakat-masyarakat minoriti, khususnya masyarakat Melayu dan India, akan terjejas teruk dalam situasi sebegitu. Singapura mengambil pendirian yang jelas dalam menentang ucapan yang menyebar kebencian yang disasarkan terhadap sesuatu kaum dan agama. Cik Nair dan Encik Nair kemudian mengeluarkan kenyataan bagi meminta maaf atas tindakan mereka. 

Polis sudahpun selesai menjalankan siasatan. Selepas menimbangkan keadaan kes dan mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara, Cik Nair dan Encik Nair diberikan amaran bersyarat selama 24 bulan pada 14 Ogos 2019 di bawah Seskyen 298A(a) Kanun Jenayah, Bab 224.

Polis juga menerima aduan mengenai iklan E-Pay yang memaparkan seorang pelakon memainkan pelbagai watak, yang turut menjadi bahan rujukan dalam video rap berkenaan.

Menurut Pejabat Peguam Negara, iklan itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. Polis tidak akan mengambil tindakan lanjut berhubung iklan tersebut. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan