Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PPIS sambut baik kemungkinan ubah dasar tudung bagi jururawat; alukan kerjasama bagi galak persefahaman

Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) menyambut baik langkah Pemerintah baru-baru ini dalam mengumumkan kemungkinan perubahan dasar tentang pemakaian tudung bagi jururawat.

Anggaran Waktu Membaca:
PPIS sambut baik kemungkinan ubah dasar tudung bagi jururawat; alukan kerjasama bagi galak persefahaman

Seorang wanita di Singapura kelihatan memakai tudung (Gambar: Nuria Ling/TODAY)

SINGAPURA: Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) menyambut baik langkah Pemerintah baru-baru ini dalam mengumumkan kemungkinan perubahan dasar tentang pemakaian tudung bagi jururawat.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada Rabu (24 Mac), Presiden PPIS Hazlina Halim berpendapat bahawa ekosistem yang menyokong penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang adil dan saksama bagi kaum wanita.

Ini, menurut beliau, khususnya bagi sebuah masyarakat di mana "kepelbagaian dan sikap inklusif dipupuk dan diterapkan di ruang-ruang sosial yang dikongsi bersama, termasuk di tempat kerja.

"Penanda identiti termasuk jantina dan agama tidak menjejas mutu kerja. Para karyawan mesti dihormati atas kepakaran dan kemahiran mereka dan penilaian prestasi pula seharusnya berdasarkan merit," tegas Cik Hazlina.

Menyentuh tentang isu tudung khususnya, PPIS berpendirian bahawa hal tersebut adalah sesuatu yang memerlukan pertimbangan yang teliti dan perlu mengambil kira realiti hidup kita".

"Hakikatnya, sikap inklusif adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat bagi menyatukan kita sebagai sebuah masyarakat yang bersatu padu, tanpa mengira jantina, kaum atau agama," kata Cik Hazlina.

PPIS turut mengalu-alukan kerjasama berterusan dengan pemerintah dan masyarakat untuk "menggalak pemahaman, penerimaan dan penghargaan silang budaya."

"Perbincangannya perlu diteruskan kerana secara bersama, kita akan dapat melakukan lebih banyak lagi untuk menghapuskan stereotaip yang mendorong kepada amalan pengambilan pekerja yang tidak adil," kata Cik Hazlina.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan