Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PPIS anjur simposium bincang isu intim suami isteri, perkukuh institusi keluarga

Keintiman dan pentingnya membina dan memperkukuh daya bingkas keluarga. Topik tabu ini dibincangkan Persatuan Pemudi Islam Singapura, PPIS siang tadi (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Keintiman dan pentingnya membina dan memperkukuh daya bingkas keluarga.

Topik tabu ini dibincangkan Persatuan Pemudi Islam Singapura, PPIS siang tadi (18 Nov).

Simposium Keluarga itu dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Institut Terapi Keluarga PPIS.

10 keluarga hari ini berpeluang meneroka dan membincangkan isu-isu bilik tidur dalam suasana yang membina.

Matlamatnya, demi memperkukuh institusi keluarga dan daya bingkasnya.

Ini semakin penting, terutama dalam konteks dunia hari ini yang pesat berubah, dengan isu dan keprihatinan keluarga bertambah rumit.

"Kehadiran teknologi yang kerap digunakan di kalangan ahli keluarga, di mana kemesraan tidak lagi kita alami secara fizikal lebih kepada melalui media sosial, melalui teks dan mesej dan di situ kita merasakan bahawa kita ingin mengembalikan semula bagaimana kemesraan dapat diwujudkan di dalam keluarga supaya dapat menguatkan lagi ikatan," kata Cik Rahayu Mohamad, Presiden PPIS.

Pengalaman Institut Terapi Keluarga (FTI) PPIS selama dua tahun bekerja dengan pelbagai keluarga mendedahkan masalah pasangan meluahkan keperluan mereka menjangkaui keintiman seksual dan bagaimana anak-anak rindu akan interaksi dan kemesraan bersama ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, anggota keluarga tersebut merasa kurang selesa untuk membincangkannya.

"Lumrahnya keintiman sering dilihat dari sudut yang mungkin terbatas dan membatasi interaksi di dalam keluarga. Perbincangan ini diadakan di simposium ini, berharap dapat membuka ruang di mana keintiman dapat dilihat dari pelbagai sudut dan harapan agar keluarga dapat memberi ruang yang selamat antara satu sama lain untuk meminta atau mengharapkan keintiman daripada keluarga, dengan lebih mesra dan terbuka," jelas Nabilah Bagarib, pengerusi simposium berkenaan.

Berikutan simposium sehari di Lifelong Learning Institute siang tadi, PPIS bakal menganjurkan simposium amali lebih besar, melibatkan karyawan dari merata dunia tahun depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RL/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan