Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PPIS alu-alukan usaha tingkatkan latihan bagi guru Bahasa Ibunda di prasekolah

Langkah menyemai dwibahasa dan menerapkan rasa cinta terhadap bahasa ibunda diterima baik oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), yang mempunyai enam pusat pendidikan awal kanak-kanak dengan pentauliahan SPARK.

Anggaran Waktu Membaca:
PPIS alu-alukan usaha tingkatkan latihan bagi guru Bahasa Ibunda di prasekolah

Gambar fail. (Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

BERITAmediacorp: Langkah menyemai dwibahasa dan menerapkan rasa cinta terhadap bahasa ibunda diterima baik oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), yang mempunyai enam pusat pendidikan awal kanak-kanak dengan pentauliahan SPARK.

PPIS mengeluarkan kenyataan itu, menyusuli pengumuman Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee pada Jumaat (5 Okt), bahawa satu kursus pensijilan baru dalam pengajaran bahasa ibunda di peringkat prasekolah akan dilancarkan tahun depan.

Sejajar dengan itu, Encik Lee mengumumkan S$3 juta diperuntukkan Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) untuk membangunkan sumber pengajaran dan menggalak guru-guru menjalani latihan.

Dalam kenyataannya hari ini (6 Okt) PPIS menyatakan ia tidak sabar untuk mencalonkan guru-guru prasekolahnya untuk menjadi antara kohort pertama mengikuti kursus tersebut.

Menurutnya peluang sedemikian akan membantu meningkatkan kemahiran guru-guru bahasa ibunda di badan itu untuk membangunkan cara-cara inovatif bagi mengajar bahasa Ibunda.

Di samping itu, PPIS menyatakan bahawa dengan lebih banyak sumber bagi Bahasa Ibunda, ia juga akan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta menggalak para guru untuk menerapkan nilai-nilai warisan dan budaya dalam kurikulum masing-masing.

Malah, pusat jagaan kanak-kanak PPIS di Bukit Batok, yang dilengkapi dengan kemudahan pengajaran yang dibanggakan, benar-benar memahami akan bagaimana sumber-sumber pelbagai deria boleh dijadikan inspirasi bagi para guru merancang kelas-kelas dengan lebih seronok bagi kanak-kanak.

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan