Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PPIS alu-alukan langkah MSF umum 2021 sebagai Tahun Raikan Wanita SG

Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) mengalu-alukan pengumuman Kementerian Pembangunan Keluarga dan Sosial (MSF) yang mengkhususkan tahun 2021 ini sebagai Tahun Raikan Wanita SG.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) mengalu-alukan pengumuman Kementerian Pembangunan Keluarga dan Sosial (MSF) yang mengkhususkan tahun 2021 ini sebagai Tahun Raikan Wanita SG.

Menurut PPIS dalam satu kenyataan media pada Ahad (31 Jan), langkah itu bukan setakat mengiktiraf sumbangan wanita dahulu dan sekarang malah ia juga meraikan pelbagai peranan yang dipikul wanita dalam masyarakat kita.

Pengumuman mengangkat tahun ini sebagai Tahun Raikan Wanita SG diumumkan oleh Menteri MSF, Encik Masagos Zulkifli semalam (30 Jan).

Menurut beliau pelbagai aktiviti akan dianjurkan bagi meraikan kemajuan dan potensi wanita Singapura.

PPIS dalam kenyataannya hari ini menekankan bahawa sokongan terhadap wanita memerlukan pendekatan yang holistik dan berbilang serampang.

Ini termasuk memupuk nilai-nilai baik dan pemikiran kesaksamaan jantina dari kecil lagi.

Badan pejuang wanita itu menambah selaras dengan gerakan #CelebratingSGWomen atau Raikan Wanita Singapura PPIS menerusi 16 pusatnya di seluruh negara akan berjuang untuk terus menyokong wanita Muslim di pelbagai fasa kehidupan mereka.

Ini termasuk membina keluarga-keluarga berdaya tahan serta masyarakat yang inklusif yang menyokong aspirasi wanita.

PPIS, yang ditubuhkan sekitar 70 tahun lalu, adalah antara persatuan wanita terawal di negara ini.

Ia berjuang untuk menyokong wanita secara menyeluruh dalam tiga bidang teras, iaitu perkhidmatan bagi wanita, kanak-kanak dan keluarga.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan