Images
  • baby
    (Gambar: Kevin Liang/Unsplash)

Portal Sumber Keibubapaan Bonus Bayi terima 142,000 kunjungan

SINGAPURA: Portal yang menyediakan bantuan bagi ibu bapa dan bakal ibu bapa sudah dikunjungi oleh lebih 142,000 orang sejak ia dilancarkan pada April 2018.

Sumber Keibubapaan Bonus Bayi, yang merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), juga menarik 52,000 pengikut Facebook.

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee berkata para ibu bapa kian berpaling kepada sumber-sumber online untuk mendapatkan panduan keibubapaan.

Namun, ramai bimbang sama ada sumber-sumber yang ada boleh dipercayai.

Oleh kerana itulah, kata Encik Lee, kandungannya diusahakan oleh pakar-pakar tempatan dan antarabangsa.

Ia menyasarkan ibu bapa yang mempunyai anak berusia hingga enam tahun.

- CNA/MM/ai

Top